Sunday, August 7, 2011

pengertian zakat

Zakat fitrah
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).
Isi kandungan [sorokkan]
1 Kadar Fitrah
2 Syarat Zakat Fitrah
3 Kewajipan zakat fitrah
4 Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5
5 Niat Zakat Fitrah
[sunting]Kadar Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).
Bagi tahun berakhir 2007 Masihi/1428 Hijrah dan 2008 Masihi/1429 Hijrah di seluruh negeri Selangor Malaysia, kadar Zakat Fitrah semasa telah ditentukan sebanyak RM5.20 bersamaan 2.70kg beras mentah.
[sunting]Syarat Zakat Fitrah

Islam
Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
[sunting]Kewajipan zakat fitrah

Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
[sunting]Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
[sunting]Niat Zakat Fitrah

“ Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala. ”

Thursday, July 28, 2011

welcome ya ramadhan..

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Thursday, August 26, 2010

iftar jama'ie nisa' peringkat negeri....

insyaallah kami team nisa' tapah akan menghadirkan diri di program iftar berikut..

Today at 2:30pm - Tomorrow at 10:30am
Location FELCRA GUGUSAN LEKIR, SITIAWAN, PERAK
Created By
Nisa' Parit Buntar
More Info Sempena Ramadhan ini, Nisa' Perak ingin mengajak para AJK&ahli Nisa' seluruh negeri Perak utk menyertai majlis ini.

Dijemput sekurang-kurangnya 5 org wakil & Yuran RM30 bagi setiap kawasan.

Aturcara Iftar Jamaie Nisa` Perak 2010 adalah seperti ber ikut:

27 Ogos 2010 (Jumaat)
---------------------------
2.00 petang : Pendaftaran
3.00 petang : Gotong-royong membungkus bubur lambuk di Masjid al-Muttaqin, FELCRA.
4.00 petang : Pembahagian kumpulan dan bergerak ke tempat pengagihan bubur lambuk
(solat Asar di tempat pengedaran bubur lambuk).
6.30 petang : Kendiri
7.20 petang : Berbuka puasa
Solat Maghrib
Solat Isyak
Solat Terawih
10.30 malam : Taaruf (Bersama Nisa` Perak)
Slot Motivasi dari DMPN.
11.30 malam : Tidur


28 Ogos 2010 (Sabtu)
--------------------------
4.00 pagi : Qiamullail
Sahur
Solat Subuh
Bacaan ma`thurat
Kuliah Subuh
7.30 pagi : Penyampaian Kad Keahlian Nisa` Felcra.
Tayangan multimedia aktiviti Nisa` kawasan.
Majlis penutup
Bersurai.




~MARI BERSAMA BERAMAL SAMBIL MEMANTAPKAN UKHWAH~


jum sama2 join iftar kami...to all nisa' @perak..moh kite weh....

Sunday, August 1, 2010

marhaban ya ramadhan~

mabruk 4 all bloggest...
alhamdulillah,dalam takdirnya..kita masih ada sehingga ke ramadhan untuk tahun ini..insyaallah..

sangat indah akan perasaan yang mampu untuk kita rasakan..bulan penuh keberkatan ini sangat bererti buat kita..insan-insan yang selalu mengharapkan redha dan kasihnya allah s.w.t
moga-moga do'a kita didengari allah..
selamat menjalani ibadah puasa dan selamt menggandakan amal soleh kita di bulan ramadhan kali ini...insyaallah..!

Sunday, May 2, 2010

sambutan hari ibu~anjuran nisa' tapah













bertemakan ibu sumber inspirasiku..
tarikh:9 mei 2010
tempat:surau al-diniah,kg.tengah
masa :9:00am hingga 12:00pm

objektif program:memperkenalkan team nisa' kepada masyarakat setempat dan menarik lebih ramai lagi golongan remaja muslim untuk menyertai team kami di peringkat cawangan tapah..

semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis sambutan hari ibu anjuran team NISA' TAPAH,kami ada beberapa game buat ibu dan anak..
cabutan bertuah juga ada disediakan..
pengharagaan khas buat ibu-ibu tubggal..
anda datang~anda enjoy
ibu adalah inspirasi buat semua..bukan cuma pada tarikh ini golongan ibu-ibu akan di hargai tetapi setiap waktu dan detik..segala usaha dan pengorbanan ibu mesti dihargai..
wahai ibu...
jasamu tidak akan mampu kami balas..
pengorbananmu sangat mulia disisiNYA tuhan yang maha esa...

antara gambar-gambar yang dapat saya upload buat anda..
persiapan sebelum menjelang hari bermakna..sambutan hari ibu..

Sunday, March 28, 2010

pesona 10 nisa' @ resort sungai perak..

pertandingan nasyid tertutup nisa' peringkat negeri perak bertempat di sungai perak resort..
istimewa kami diadili oleh juri2 bertauliah dan hebat..ketua juri dengan rasminya atas jemputan ialah waheeda wassini..dia wanita biasa yang hebat..








kami sentiasa menang di hati semua walaupun cuma mendapat saguhati..berpuas hati..
antara gambar2 yang kami boleh kongsikan dengan anda..



selamat pengantin baru ketua nisa' tapah..


selamat pengantin baru buat ketua nisa' tapah..dari kami team nisa' tapah,perak...semoga diberkati allah dan berbahagia selalu...




Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar..semoga kak shida n abg fadhil bahagia selama hayat masih ada juga diberkati allah s.w.t hendaknyew..
"selamat pengantin baru..." dari kami team nisa' tapah...


' remaja muslimah teras ummah berpedoman...'


di atas antara gambar2 di hari bahagia k.shida..
tahniah sekali lagi...